Tips Untuk Hidangan Rendang Daging Yang Padu

Ada sesuatu yang meriah dengan hidangan rendang daging. Mencuba resepi rendang daging ini dah menjadi kebiasaan sangat pada majlis keramaian ataupun perayaan. Sama ada kenduri kahwin, rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Haji, mesti ramai yang menantikan juadah rendang daging untuk dihidangkan dalam pelbagai cara.

Keenakan daging empuk yang dimasak dengan rempah ratus yang cukup ini enak dengan nasi minyak, nasi biasa, lemang, pulut kuning dan macam-macam lagi. Tidak kira yang tua mahupun yang muda dapat menikmati sepinggan rendang daging yang amat syok. Resepinya pula memang sudah menjadi resepi klasik turun-temurun. Setiap keluarga ada resepi rendang tersendiri yang unik. Sebab itu kunjung-mengunjung rumah terbuka pada hari raya itu amat menyeronokkan. Kita dapat rasa air tangan yang berbeza-beza dari rumah ke rumah pada hari tersebut.

Bagi keluarga kami, inilah rahsia untuk dapatkan resepi rendang daging yang begitu masyuk sekali.

Cara Mengisar Yang Betul

Bahan tumisan rendang daging perlu dikisar dengan cara yang tersendiri. Antara langkah mengisar bahannya ialah bawang merah, bawang putih, dan halia perlu dikisar terlebih dahulu dengan sedikit air. Ini kerana kita mahukan pati dan jus yang ada dalam ramuan segar ini untuk disebatikan dengan bahan kisar yang lain. Tapis bawang kisar tadi untuk dapatkan jus yang telah dihasilkan. Kemudian, anda kisar bahan-bahan yang lain menggunakan air yang ditapis ini. Tambah lagi sedikit air kalau perlu. Dengan teknik ini, kita dapat mesrakan semua aroma bawang tadi ke dalam lebihan ramuan kita untuk rasa yang kaw.

Maggi MY

Kerisik & Gula Melaka

Memang kalau nak buat satu hidangan rendang itu menjadi, banyak bahan dan rempah ratus perlu kita sediakan. Tetapi bagi kami sekeluarga, dua bahan wajib yang tidak boleh ditukar ganti dalam mana-mana resepi rendang daging adalah semestinya gabungan kerisik dan gula melaka. Kerisik adalah isi kelapa matang yang diparut dan kemudian dibakar atau disangai untuk ada aroma kelapa yang mengasyikkan sekali. Untuk rendang wangi dan mempunyai kekayaan rasa lemak yang kita sering suka dalam hidangan ini, anda memang tidak boleh menggantikan kerisik. Begitu juga dengan lemak manis gula melaka, suatu pemanis yang memiliki aroma kelapa yang mengasyikkan. Gabungan kedua-dua ini sememangnya dapat membuatkan rendang daging anda menjadi next level dengan rasa asli yang baik. 

Bahan Perasa Yang Baik

Pastikan juga anda ada bahan perasa yang sesuai untuk memberi sentuhan terakhir pada juadah anda. Ramai yang menggunakan MSG atau monosodium glutamate sebagai bahan perasa tambahan. Kami sekeluarga kekal memilih MAGGI CukupRasa dalam apa sahaja masakan kami. Dalam mana-mana juadah, perencah CukupRasa memang dapat memberi kesempurnaan rasa, termasuk resepi rendang daging turun temurun kami.

Anda mahu resepi penuh? Ikuti sahaja entri kali ini dan hidangkan rendang daging anda pada bila-bila masa sahaja. 

Ramuan

  • 500g daging lembu
  • 2 sudu besar minyak jagung
  • 2 batang kayu manis
  • 3 bunga lawang
  • 4 buah pelaga
  • 1 bawang besar
  • 3 cm halia
  • 4 tangkai serai
  • 5 cm lengkuas
  • 3 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar Serbuk jintan putih
  • 2 sudu besar MAGGI® CukupRasa™
  • 200ml santan
  • 3 keping daun kunyit
  • 3 sudu besar gula melaka
  • 1 keping asam keping
  • 4 keping daun limau purut
  • 4 keping daun salam
  • 2 sudu besar kerisik

Cara Penyediaan

  1. Mula-mula kisar bawang besar, halia dan serai menggunakan mesin pengisar.
  2. Apabila semua bahan tadi telah dikisar halus, mulalah panaskan minyak di dalam kuali.
  3. Kemudian masukkan bahan kisaran perlahan-lahan bersama-sama kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan lengkuas. Tumis sehingga naik bau.
  4. Apabila aroma tumis mula memenuhi ruang dapur, apa lagi, masukkan daging dan dikacau rata.
  5. Kemudian, masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih dan gaul sehingga daging menjadi garing.
  6. Akhir sekali, tambahkan bahan-bahan lain seperti MAGGI® CukupRasa™, santan pekat, daun kunyit, gula Melaka, asam keping, daun limau purut, daun salam dan kerisik.
  7. Jangan lupa kacau sekali sekala dan biarkan kuah mereneh sehingga daging empuk. Apabila sudah pecah minyak, tandanya sajian telah pun masak.

Resepi ini dapat menghidangkan rendang untuk 6 orang, cukup untuk anda sekeluarga menjamu selera. Untuk padankan resepi ini dengan saiz hidangan anda, layari sahaja laman web https://www.maggi.my/ms/resipi/ sekarang.